comscore
Tumpuan :
Nasional

Tukang gunting rambut lucah diburu polis

 

Foto hiasan

IPOH: Polis sedang memburu seorang tukang gunting rambut yang disyaki melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita tempatan di sebuah pasar raya di Manjoi, dekat sini, yang kes mengenainya tular di Facebook (FB) sejak semalam.

Difahamkan sewaktu kejadian, suspek yang sedang menggunting rambut anak mangsa, cuba mengajak mangsa berbual dalam bahasa Melayu namun mangsa tidak mengendahkannya, sebelum suspek dikatakan seolah-olah bercakap seorang diri dan mengeluarkan kata-kata lucah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan polis mengenai kejadian diterima semalam daripada seorang wanita berusia 37 tahun, mendakwa diganggu secara seksual suspek lelaki disyaki warganegara India, kira-kira jam 1.25 tengah hari kelmarin.

Katanya, pihaknya terkesan dengan isu tular terbabit yang dikongsikan oleh pemilik akaun FB bernama ‘Siti Hajar Ghazali’ yang turut mendapat perhatian masyarakat umum.

“Polis mengesahkan menerima satu laporan polis daripada wanita berkenaan semalam, yang membuat laporan di Balai Polis Jelapang.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan pihak polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan D11, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Asisten Superintendsn (ASP) Yap Siew Cheng, di talian 012-909 3362,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Loading...
Terkini