comscore
Tumpuan :
Nasional

Permohonan pekerja asing tukang gunting rambut, tekstil dan tukang emas dibuka

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Kerajaan membuka semula permohonan bagi majikan menggaji pekerja asing di sub sektor perkhidmatan tukang gunting rambut, tekstil dan tukang emas bermula 10 Oktober ini.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata ia dibuka semula selepas dibekukan sejak 2009 selepas permintaan tinggi daripada pengusaha di tiga sub sektor berkenaan.

“Perkara ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 September 2023 di mana Kerajaan bersetuju untuk memberi kelulusan seramai 7,500 pekerja asing di bawah 3 sub sektor ini.

“Susulan daripada keputusan Jemaah Menteri tersebut, Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan perbincangan bagi memperincikan
mekanisme dan proses kerja permohonan pekerja asing bagi 3 sub sektor berkenaan.”  katanya dalam sidang media Penggajian Pekerja Asing Sub sektor Perkhidmatan Tukang Gunting Rambut, Tukang Emas dan Tekstil di Putrajaya.

Jelas beliau, jumlah 7,500 itu turut merangkumi 5,000 pkerja asing sedia ada dan tambahan 2,500 permohonan baharu.

Kerajaan menetapkan kriteria pekerja tekstil dan tukang emas pada kadar 15% daripada jumlah pekerja tempatan tertakhluk kepada keluasan lantai.

“Manakala bagi sub sektor gunting rambut pula seroang pekerja tempatan bersamaan dengan dua pekerja asing pada kapasiti tiga kerusi.

“Tempoh penggajian pula ditetapkan dengan dasar semasa dan dalam tempoh 10 tahun tambah tiga tahun.” katanya.

Loading...
Terkini