comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] EKSKLUSIF JOKOWI: TV3 siar program eksklusif bersama Jokowi

 

Petaling Jaya: Eksklusif di TV3, program bual bicara khas ‘Eksklusif Bersama Joko Widodo Presiden Republik Indonesia’ membincangkan isu-isu kepentingan Asean dan gaya hidup tokoh politik disegani serta popular dalam kalangan rakyat jam 9 malam ini.

Malaysia dan Indonesia, dua negara jiran yang terletak berdekatan dan mempunyai sempadan yang sama.

Bukan saja bahasa pertuturan berasal dari rumpun bahasa yang sama, malahan budaya, adat resam, agama dan seni bina juga mempunyai persamaan antara dua negara ini.

Joko Widodo atau lebih dikenali Jokowi adalah Presiden Republik Indonesia yang ke-7.

Beliau juga memikul tanggungjawab besar apabila Indonesia terpilih sebagai Pengerusi Asean 2023 pada awal Januari lalu.

Melakar sejarah sebagai Presiden Indonesia pertama yang bukan berasal dari latar belakang politik atau ketenteraan elit.

Apakah perancangan beliau untuk menyelesaikan kemelut dan cabaran getir yang dihadapi oleh Asean?

Bersama dengan hos, Fiza Sabjahan, program selama satu jam ini diberikan peluang untuk menjalani rakaman di Istana Merdeka, Jakarta.

Selain itu, Joko Widodo juga memilih Pasar Tanah Abang, lokasi pelancongan yang terkenal dengan produk tekstil sebagai lokasi penggambaran kedua.

Seterusnya, Sarinah Mall, pusat beli-belah pertama di Indonesia yang dinaik taraf untuk memasarkan barangan tempatan juga dipaparkan dalam program ini.

Selain berkongsi perspektif beliau mengenai hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia, beliau juga membincangkan mengenai topik-topik yang menjadi kepentingan Asean seperti isu maritim dan pertikaian sempadan, pergolakan politik di Myanmar, pemulihan ekonomi dan keselamatan makanan demi menjamin kestabilan politik, keselamatan dan ekonomi.

Di sebalik kewibawaan seorang tokoh politik, beliau juga mempunyai hobi dan minat yang unik antaranya membawa motosikal berkuasa tinggi, bersukan seperti futsal dan badminton menonton filem serta memelihara haiwan.

Program ini juga boleh disaksikan menerusi strim langsung secara definisi tinggi di Tonton.

Untuk info terkini mengenai drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Loading...
Terkini