comscore
Tumpuan :
Nasional

Ugutan terhadap krew Mentega Terbang, polis buka kertas siasatan

SHAH ALAM : Polis Selangor membuka kertas siasatan susulan kes ugutan dan khianat terhadap pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang.

Ujar Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ia selepas dua laporan diterima daripada mangsa susulan kejadian berlaku di Kajang dan Ampang.

“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media.

“Siasatan terhadap perbuatan khianat dan
ugutan jenayah dilakukan melalui panggilan,”.

Menurut kenyataan itu, kejadian ugutan pertama berlaku di tempat letak kereta terbuka di Taman Dagang Jaya, Ampang pada 16 mac kira-kira jam 6.30 pagi.

“Pengadu memaklumkan kereta jenis Proton Saga telah disimbah cat. Selain turut dijumpai helaian kertas nota yang ditinggalkan
berdekatan dengan kereta pengadu bersama tulisan perkataan-perkataan yang berunsur ugutan jenayah terhadap nyawa”.

Manakala bagi kejadian kedua, kes di Kajang pada hari yang sama iaitu pada jam 3.15 pagi dengan kenderaan mangsa turut dibaling plastik lutsinar berisi cecair cat.

“Satu sampul surat berwarna putih yang ditulis perkataan-perkataan berunsur ugutan jenayah terhadap nyawa pengadu. Selain menerima mesej melalui telefon yang berunsur ugutan jenayah terhadap diri dan keluarga,”.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Manakala Seksyen 427 Kanun Keseksaan melibatkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua – duanya.

Semalam pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang menerima ugutan selain kereta milik mereka disimbah cat dan asid.

Kejadian dikongsikan menerusi Twitter yang memaparkan gambar kereta dan beberapa keping nota berbaur ugutan.

Loading...
Terkini