comscore
Tumpuan :
Nasional

UM meraikan 7,863 graduan tahun ini

Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-62 telah diisytiharkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor Universiti Malaya.

KUALA LUMPUR: Seramai 7,863 graduan diraikan sepanjang majlis Istiadat Konvokesyen Ke-62 di Universiti Malaya dalam 15 sidang bermula 5 Disember hingga 12 Disember.

Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-62 telah diisytiharkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya, yang berlangsung pada hari ini.

Pada sesi pertama juga, baginda menganugerahkan gelaran ijazah Kehormat kepada tokoh sejarawan negara, Profesor Datuk Wang Gungwu dan dua graduan penerima Anugerah Pelajaran di-Raja, antaranya graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Alam Sekitar, Ng Jia Shin.

Sultan Nazrin turut menyampaikan pengurniaan ljazah Kedoktoran kepada 479 orang graduan dari pelbagai fakulti dan antaranya graduan yang berusia 58 tahun, K. Balasubramanian Karpan.

K. Balasubramanian telah membuat penyelidikan sejak 1998 mengenai pembuangan sisa kimia yang mampu dikitar semula sebagai pengganti kepada penggunaan arang batu.

“Kita percaya dalam bahan pembuangan kimia ini ada tenaga dan keupayaan untuk dikitar semula serta dihasilkan menjadi arang batu secara alternatifnya,” kata beliau.

Sementara itu, baki graduan yang lain akan diteruskan pada sesi kedua dan sehingga ke sesi terakhir pada 12 Disember ini.

Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, berkata istiadat kali ini akan menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 7,863 graduan.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 479 graduan Ijazah Kedoktoran, 2,225 graduan Ijazah Sariana termasuk Diploma Pascasiswazah Pendidikan, 3,926 graduan ljazah Sarjana Muda, dan 1,233 graduan Diploma Lanjutan, Diploma Eksekutif dan Diploma,” kata beliau dalam ucapannya.

Mohd Hamid berkata universiti bukan sahaja berperanan untuk melahirkan graduan holistik dan berkeupayaan tinggi, namun keperluan untuk menyuntik sistem pembelajaran dan pengajaran berasaskan nilai dan kapasiti futuristik dalam membentuk modal insan komprehensif.

Loading...
Terkini