comscore
Tumpuan :
Nasional

Usah cetus provokasi di SNBJ malam ini – Polis

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya berharap tiada insiden tidak diingini berlaku di SNBJ.

KUALA LUMPUR: Penyokong kedua-dua pasukan yang hadir menyaksikan perlawanan final Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil antara Johor Darul Takzim (JDT) menentang Terengganu FC (TFC) malam ini dinasihatkan tidak mencetuskan sebarang provokasi sepanjang perlawanan itu berlangsung.

Mengulas mengenai kawalan keselamatan menjelang perlawanan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya berharap tiada insiden tidak diingini berlaku.

Semalam, media melaporkan seramai 1,400 anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kawalan keselamatan SNBJ yang akan berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengikuti arahan pihak berkuasa di lapangan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya.

Selain perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan JDT menentang TFC, turut berlangsung Program Setahun Bersama Madani’ yang bermula hari ini hingga Ahad ini di perkarangan SNBJ.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini