comscore
Tumpuan :
Sukan

“Main boleh main. Tetapi quality game akan low” – TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), meninjau keadaan padang dan sesi latihan rasmi JDT menjelang Piala Malaysia 2023 akhir malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.- Foto: NSTP

BUKIT JALIL: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir sendiri meninjau keadaan padang Stadium Nasional, Bukit Jalil, ketika sesi latihan skuad Harimau Selatan semalam.

Padang yang akan digunakan bagi pentas akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC), malam ini masih belum berada pada tahap terbaik susulan kerosakan yang berlaku selepas konsert Coldplay, 22 November lalu.

Menerusi satu komen di laman Instagram, malaysiafootballleague, TMJ menjelaskan keadaan semasa padang Stadium Nasional akan menjejaskan kualiti permainan kedua-dua pasukan.

“Main boleh main. Tetapi quality game akan low’ ujar Tunku Ismail.

“Yang membimbangkan adalah key players/pemain kebangsaan macam Corbin, Arif Aiman, Matt Davies, Hendrick, Shahrul Saad dan Afiq Fazail injured. Ankle, thigh, lutut/knee dan groin oleh kerana padang tak rata. Bulan depan Asia Cup di Qatar’ tambahnya.

Isnin lalu, TMJ yang juga penaja rumput baharu jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional memuat naik gambar terkini padang di gelanggang berkenaan yang dilihat masih rosak selepas konsert Coldplay.

Situasi itu mencetuskan kemarahan peminat bola sepak tempatan kerana padang berkenaan tidak bersedia sepenuhnya bagi aksi final Piala Malaysia.

 

Keadaan rumput padang Stadium Nasional, Bukit Jalil seperti yang didedahkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Twitter hari ini. – Foto: HRH Crown Prince of Johor/ Twitter

Susulan daripada itu, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), semalam tampil membuat permohonan maaf kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL), pasukan JDT dan TFC serta semua peminat bola sepak tanah air.

PSM mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert berkenaan.

“PSM komited melakukan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) untuk pengurusan acara di Stadium Nasional pada masa hadapan,” jelas kenyataan itu.

Loading...
Terkini