comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 15,000 penduduk letih tunggu jambatan rentasi Sungai Kelantan 

KUALA KRAI: Sudah hampir ke penghujung tahun 2023, namun 15,000 penduduk dari lapan kampung di seberang sungai Kuala Krai, Kelantan masih bergantung dengan khidmat feri sebagai pengangkutan utama ke bandar Kuala Krai.

Ia selepas mereka letih menanti pembinaan jambatan merentasi Sungai Kelantan yang sehingga kini belum dilaksanakan sepenuhnya.

Bagi penduduk di Kampung Pasir Kelang, Pengkalan Pasir Baru, Buyong Darul Hijrah, Ladang Taku, dan Kampung Bahagia, jeti sentiasa sesak.

Manakan tidak, dalam sehari terpaksa berulang alik lebih 100 kali menyeberangi sungai.

Feri beroperasi dari 7 pagi hingga 11 malam itu menjimatkan masa perjalanan dua jam berbanding jalan darat ke pekan Tanah Merah atau Kuala Krai.

Menurut penduduk, Wan Kamarul Azhar Wan Ahmad keadaan menjadi semakin sukar jika musim tengkujuh tiba kerana feri tidak dapat beroperasi dek kerana arus deras.

“Kalau air naik, meme kita putus hubunganlah. Kira duduk seberang nak tubik kira tunggu bantuanlah macam mana kan. Nak tubik pun takut naik bot. Kalau kapal meme stop semua lah pasal air terlampau tinggi la. katanya kepada Buletin TV3.

Difahamkan projek pembinaan jambatan dari Kampung Pasir Era ke Kampung Pasir Kelang bermula sejak tahun 2021.

Namun sehingga kini belum dilaksanakan sepenuhnya.

Bagi Rizawati Salleh, keadaan itu membimbangkan memandangkan suaminya menderita penyakit buah pinggang dan perlu ke klinik yang terletak di seberang sungai.

“Suami sakit buah pinggang. Time banjir, saya suami saya payah lah nak gi ke tempat cuci darah kan sebab sini air penuh.” katanya.

Penduduk dikenakan bayaran RM6 sehala untuk kereta dan RM1 bagi setiap penumpang feri.

Manakala RM2 sehala bagi motosikal merentasi sungai.

Kos sebanyak RM30 juta dianggarkan bagi projek pembinaan jambatan sepanjang 100 meter berkenaan dengan tempoh projek selama tiga tahun.

Loading...
Terkini