comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar SMK Rantau Abang ditemui lemas 

FOTO: NSTP

DUNGUN: Kegembiraan aktiviti mandi-manda bagi lima sahabat di sebuah kawasan paya di Kampung Rantau Abang, dekat sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas, petang tadi.

Mayat Muhammad Hazrie Ezani Abdullah,15, pelajar Sekolah Menengah Kompleks Rantau Abang ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 6.05 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Shahrizal Shamsudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.13 petang.

Menurutnya, berikutan itu, seramai 22 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebelum melakukan operasi mencari mangsa.

“Mangsa dipercayai lemas ketika dihanyutkan arus deras ke kawasan paya yang dalam di situ sebelum tengelam ke dasar.

“Rakan mangsa yang menyedari mangsa tidak timbul bertindak menghubungi penduduk kampung sebelum penduduk menghubungi pasukan penyelamat,” katanya.

Shahrizal berkata, pasukan penyelamat terpaksa melakukan operasi dalam keadaan berhati-hati memandangkan keadaan arus yang kuat.

“Mayat mangsa akhirnya ditemui di dasar paya tersebut pada kedalaman kira-kira empat meter.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mangsa dikatakan mandi bersama empat rakannya iaitu, Muhammad Syakir Zamir Khan,14, Akif Jazymin Musim,13, Muhammad Awwal Quyyum Adnan,10, dan Muhammad Syazwi Mohamad Saiful Lizam,9.

“Bagaimanapun, kesemua rakan mangsa yang masing-masing belajar di Sekolah Menengah Kompleks Rantau Abang dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Abang itu selamat.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya.

Maizura berkata, beliau menasihati kepada golongan ibu bapa supaya mengawasi pergerakan anak-anak sebagai mengelak kejadian sama berulang.

Loading...
Terkini