comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar lewat petang ini

FOTO: IPD Kuala Selangor

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA SELANGOR: Bangkai helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terhempas berhampiran Pulau Angsa, Kuala Selangor sekitar pagi tadi dijangka dibawa keluar dari lokasi kejadian, lewat petang nanti.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor iaitu DSP Mohd Ambia Nordin berkata, sehingga kini pihaknya masih melakukan kawalan keselamatan di lokasi itu.

“Saya telah pun ke lokasi kejadian dan setakat ini pihak PDRM telah pun membantu APMM membuat kawalan keselamatan di lokasi kejadian semua tindakan-tindakan susulan berkaitan dengan bangkai pesawat telah diambil oleh APMM sendiri”.

“Kawalan keselamatan dilaksanakan bertujuan mencegah orang awam daripada menghampiri lokasi kerana masih ada bangkai pesawat dan tumpahan minyak, ” katanya.

Beliau ditemui media di Jeti Pasir Penambang selepas meninjau bangkai helikopter malang itu di lokasi.

FOTO: IPD Kuala Selangor

Sejumlah lapan anggota polis marin membabitkan dua bot terlibat untuk mengawal lokasi insiden ketika ini.

Empat penumpang termasuk juruterbang dilaporkan selamat dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu.

Difahamkan, helikopter berkenaan dalam operasi pemantauan di perairan Klang.

Kesemua mangsa juga telah dibawa ke Stesen Udara Maritim Subang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini