comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bapa, bayi 11 bulan maut nahas tiga kereta

 

IPOH: Seorang bapa bersama bayinya berusia 11 bulan maut dalam nahas membabitkan tiga kereta di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Medan Klebang Restu dekat sini hari ini.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi tadi mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga maut di lokasi kejadian manakala bayi perempuannya meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Dua beranak itu masing-masing dikenal pasti Muhammad Fakhrul Najmi Roslan, 26 tahun dan Naura Adleena 11 bulan.

Nahas dipercayai turut membabitkan kereta jenis Mercedes-Benz dan Perodua Alza masing-masing dipandu lelaki berusia 36 dan 48 tahun.

Kejadian berlaku apabila kereta dinaiki dua beranak itu keluar dari simpang dan melintas di hadapan Mercedes yang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta mangsa.

Akibat perlanggaran itu, kereta Proton Saga terbabas dan terseret hingga terkena kereta Perodua Alza yang berada di susur kiri jalan arah Klebang Restu.

Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini