comscore
Tumpuan :
Nasional

Bapa, anak dan cucu sanding sekali

FOTO: NSTP

PONTIAN: Buat majlis perkahwinan sekali, bapa, anak dan juga cucu.

Tiga generasi ini melangsungkan hari bahagia mereka pada satu majlis yang diadakan di Jalan Rezab 2, Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, di sini, hari ini.

Ahmad Omar, 80 ( bapa) bersama pasangan Juriah Misubani, 61, Rozita Ahmad, 45 (anak) bersama Mohd Yazid Ali,44 dan Nurhazimah Mohd Hussin, 24 (cucu) dengan pasangannya Mohamad Zulhaire Zakaria, 22.

Ia bukan saja menjimatkan, malah majlis berkenaan turut dihadiri kira-kira 3,000 ribu tetamu yang hadir bagi meraikan hari bersejarah dan bahagia untuk mereka.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka berlangsungsekitar Jun lalu (Ahmad 1 Jun,Rozita 3 Jun dan Nurhazimah 30 Jun).

Pasangan mempelai, Ahmad Omar dan Juriah mengenakan pakaian serba kelabu, Nurhazimah bersama pasangan Mohamad Zulhaire berpakaian merah dan Rozita bersama Mohd Yazid berpakaian warna ungu.

Mereka bersanding di rumah Mohd Hussin (Buang) Jambari selaku tuan rumah yang merupakan bapa kepada pengantin perempuan Nurhazimah (cucu) kepada Ahmad Omar.

Ahmad bapa kepada enam anak dan mempunyai 15 cucu dan 3 cicit berkata, majlis pernikahannya berlangsung pada 1 Jun lalu di Pejabat Kadi Pontian dengan hantaran RM 5,000.

Katanya,kelangsungan majlis berkenaan termasuk bersanding secara serentak hasil permuafakatan semua pihak ahli keluarga pengantin.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak termasuk penduduk kampung serta saudara-mara terdekat yang membantu dalammenguruskan majlis ini, ” katanya yang bekerja sebagai petani.

Mempelai lain (generasi kedua) Rozita Ahmad anak bungsu dar enam beradik berkata,dia bersyukur kelangsungan majlis perkhawinannya dihadiri ramai tetamu.

“Tiga generasi, cubit peha kiri, peha kanan terasa, eratnya silatulrahim dalam kekeluargaan dan semoga erat juga dalam kehidupan suami isteri, ” katanya yang bekerja di syarikat swasta di daerah ini.

Tetamu, Robaniah Jamari, 60, berkata pastinya majlis itu bukan saja menjadi kenangan buat mereka, malah kepada semua tetamu yang hadir.

“Macam belum pernah berlaku majlis seperti ini, unik dan melambangkan keharmonian serta ‘guyup’ dalam kekeluargaan,” kata bekas pesara kerajaan ini.

“Apa pun kami mendoakan pasangan dirahmati Allah, murah rezeki dan hidup dalam keharmonian serta dipanjang jodoh hingga ke akhir hayat, ” katanya.

Loading...
Terkini