comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Hari Kebangsaan 2023: Agong, Raja Permaisuri dekati, bersalaman dengan rakyat

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berjalan sejauh kira-kira 200 meter untuk bersalaman dengan pengunjung yang menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya di sini, hari ini.

Tindakan spontan baginda itu disambut dengan sorakan pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat serta merakam momen indah itu.

@buletintv3 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan santuni secara spontan menyantuni rakyat yang hadir hampir 30 minit pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya pagi tadi. #BuletinTV3 #Agong #Permaisuri #HariKebangsaan2023 #Merdeka #Malaysia ♬ original sound – BuletinTV3

Baginda berdua juga berkenan mencemar duli mengambil gambar ‘selfie’ bersama beberapa pengunjung sebelum berangkat pulang menaiki kenderaan rasmi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Dataran Putrajaya pada jam 8 pagi sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan menteri kabinet.

Bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, Hari Kebangsaan 2023, sambutan tahun ini dihadiri lebih 100,000 pengunjung yang datang dengan mengibarkan jalur gemilang sekaligus menyemarakkan lagi semangat patriotik kepada tanah air.

Lebih 17,000 peserta serta 67 kontinjen  dan 505 aset darat serta udara terlibat dalam persembahan dan perarakan tahun ini.

Loading...
Terkini