comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Ridzuan Hashim dikebumikan di Hulu Langat

 

 

HULU LANGAT: Jenazah pelakon, Allahyarham Ridzuan Hashim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Dusun Tua, jam 8 malam tadi.

Majlis pengebumian dihadiri lebih 300 ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handainya termasuklah rakan artis antaranya, Datuk Yusof Haslam, Norman Hakim, Edika Yusof, Zalif Sidek, Datin Alyah dan Fizo Omar.

Terdahulu, jenazah disempurnakan di Surau Kuarters Hospital Kuala Lumpur, sebelum dibawa ke Masjid Al-Muttaqin, Hulu Langat untuk disembahyangkan.Anaknya, Muhammad Dhanial Ridzuan, 29, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada ayahnya.

Didie Alias menyiram air di pusara bekas suaminya, Allahyarham Ridzuan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Dusun Tua, Hulu Langat, malam ini. – FOTO: NSTP

“Terima kasih kepada semua yang hadir. Saya rasa terharu sebab ramai juga yang datang. Saya ingin memohon maaf kerana tak berkesempatan untuk menguar-uarkan berita ini awal tadi,” katanya kepada Harian Metro.

Datuk Yusof Haslam turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ridzuan. – FOTO: NSTP

Terdahulu, Ridzuan dilaporkan terjatuh ketika bersarapan dan tidak sedarkan diri di kediamannya di Bandar Tun Razak sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung.

Allahyarham Ridzuan meninggalkan lima cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Didie Alias.

Loading...
Terkini