comscore
Tumpuan :
Nasional

Ridzuan Hashim dipercayai meninggal dunia kerana serangan jantung

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal tanah air Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1.57 tengah hari tadi, dipercayai akibat serangan jantung.

Anak saudara Allahyarham, Iman Zulkarnain, 32, ketika ditemui di HKL berkata bapa saudaranya yang berumur 62 tahun itu menghidap masalah jantung sejak tiga tahun lepas.

“Allahyarham rebah secara tiba-tiba semasa sedang bersarapan pagi. Usaha memberi CPR (bantuan pernafasan) juga telah dilakukan oleh anaknya ketika itu sebelum menghubungi ambulans.

“Arwah kemudiannya dikejarkan ke HKL sekitar 11 pagi tadi,” katanya.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Kuarters HKL dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua Hulu Langat selepas Maghrib.

Loading...
Terkini