comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KPN lakukan lawatan mengejut ke DCC IPD Kajang

FOTO: Polis Diraja Malaysia/ Facebook

PETALING JAYA: Teguh kepada prinsip kepimpinan melalui teladan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turun padang melakukan tinjauan bagi melihat sendiri penugasan dan operasi harian pegawai serta anggotanya di lapangan.

Semalam beliau mengadakan lawatan mengejut ke Pusat Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) pagi tadi, beliau yang hanya mengenakan pakaian kasual itu tiba di IPD berkenaan tanpa pegawai pengiring.

Tan Sri Razarudin dilihat memeriksa log tugasan, selain memberikan nasihat serta teguran kepada pegawai dan anggota yang sedang bertugas.

Ia termasuk mengingatkan mereka untuk sentiasa komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, disamping mengutamakan keselamatan diri ketika bertugas.

“Selamat bertugas kepada semua, bertugas dengan baik, jaga keselamatan, jaga diri. jaga harta kerajaan juga, selain untuk jaga masyarakat,” katanya menerusi radio mudah alih pegangan tangan atau walkie-talkie yang menghubungkan kepada semua petugas PDRM IPD Kajang di lapangan.

Sementara itu, di ruangan komen pula ramai yang memuji tindakan beliau turun padang melihat penugasan PDRM, meskipun ketika cuti Tahun Baharu Cina.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini