comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Perang Israel-Palestin: Krisis Asia Barat makin merebak, mampu jejas ekonomi dunia – Pakar

 

KUALA LUMPUR: Ketegangan di Asia Barat yang meragut lebih 9,000 nyawa mendapat perhatian seluruh dunia.

Malah sentimen sokongan ke atas nasib penduduk Palestin semakin kuat dengan desakan ke atas gencatan senjata dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Namun kedegilan Israel enggan melakukan usaha ke arah perdamaian memungkinkan krisis itu bertambah parah dan merebak ke rantau Asia Barat atau mungkin ke seluruh dunia.

Kebiadapan Israel terus menjadi-jadi dengan mempertingkat serangan ke atas beberapa negara jiran termasuk Syria dan Lubnan dan seterusnya pembabitan puak Houthi yang mengisytiharkan perang ke atas Israel beberapa hari lalu sememangnya telah dijangka.

Namun Israel dan Amerika Syarikat melakukan percaturan lebih awal dengan meletakkan kapal perang dan pengangkutnya di rantau itu sebagai persiapan menghadapi peperangan lebih besar yang memungkinkan penglibatan kuasa besar lain selain amaran kepada Iran dan proksinya Hezbollah di Asia Barat.

Menurut Pakar Keselamatan & Kajian Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPNM, Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam situasi kini kian mendesak.

“Mengapa saya katakan konflik ini menjadi sangat mendesak? Kerana kita lihat US pada awal-awal konflik ini menggerakkan carrier ataupun kapal pengangkut mereka ke Asia Barat. Dan bukan satu, mereka menggerakkan tujuh buah fleets untuk memberikan sokongan kepada Israel.

“Jadi kalau sokongan mengapa perlu hantar pesawat pengangkut, kapal pengangkut. Jadi kalau mereka melakukan evakuasi kepada rakyat Amerika yang ditahan ataupun yang dijadikan terbusan oleh Hamas, cukup dengan pesawat tentera seperti Hercules dan sebagainya.” katanya kepada Buletin TV3.

Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam

“Tetapi mereka menghantar pesawat carrier. Dan hari ini kalau kita lihat kapal pengangkut itu sendiri melakukan banyak. Kita panggil intercept, bateri dan sebagainya untuk menyekat serangan-serangan yang dilancarkan ke atas Israel. Jadi kita lihat bahawa tujuan mereka datang ataupun Amerika sebenarnya datang ke Asia Barat itu adalah untuk memayungi Israel. Ini jelas sifat hipokrasi yang dilakukan oleh Amerika.

Kemungkinan campur tangan elemen luar yang lebih besar adalah tidak mustahil pada masa ini.

Beliau turut meramalkan pembabitan negara jiran Jordan dan Rusia sebagai sekutu rapat Syria juga adalah sesuatu yang mungkin menjadi nyata.

“Yang lebih merisaukan adalah kemungkinan untuk Jordan juga diheret sama dalam peperangan ini. Kerana kita faham bahawa Jordan sebenarnya sudah berada pada tahap yang cukup tinggi sabar mereka terhadap apa yang telah dilakukan oleh Israel. Tetapi mereka masih belum melakukan apa-apa tindakan yang boleh mencetuskan satu situasi yang tidak harmoni.

“Tetapi jika provokasi dilakukan secara berterusan ada kemungkinan untuk false flag itu berlaku dan saya pasti Jordan akan turut terlibat sama dan jika keadaan ini berlaku pastinya Israel akan mengalami satu situasi yang mana mereka diserang daripada segala sudut. Jadi mereka memerlukan Amerika di sini untuk mempertahankan negara mereka.

Tambah beliau, setakat ini tiada usaha dilakukan oleh barat untuk menyelesaikan krisis terbabit.

Seperkara lagi yang harus dilihat, jika peperangan ini bertambah parah dan merebak ke rantau lain ia akan mengganggu ekosistem ekonomi dunia termasuk Malaysia.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini