comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rangka manusia ditemui di Tongkang Pechah

BATU PAHAT: Polis menemui satu rangka dipercayai rangka manusia di Tongkang Pechah, dekat sini, di dalam sebuah bangunan terbiar di hadapan sebuah sekolah.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah, Unit Forensik PDRM dan Pegawai Patalogis dari Hospital Sultan Ismail telah selesai membuat pemeriksaan dan mayat sedang dibawa ke hospital berkenaan untuk siasatan lanjut.

 

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat turut hadir di lokasi penemuan mayat dan sidang media dijangka akan dibuat malam ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, sejak lebih sebulan lalu.

Ketika ini, media sudah mula berkumpul di lokasi penemuan mayat sementara menunggu sidang media yang dijangka bermula sebentar lagi.

Bella yang dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu selepas keluar ke kedai dobi bersama teman lelakinya.

Kehilangannya hanya disedari pada keesokan hari selepas mesej dan panggilan telefon dihantar kakaknya, Norhisham, 36, tidak dijawab.

Berita lanjut menyusul.

Loading...
Terkini