comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rangka manusia ditemui, keluarga Bella dipanggil untuk pengecaman

BATU PAHAT: Polis mengesahkan menemui rangka manusia yang dikaitkan kepada kes Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, yang hilang lebih sebulan lalu.

Rangka terbabit ditemui di dalam sebuah bangunan terbiar di hadapan sebuah sekolah di Tongkang Pechah, Dekat sini, kira kira jam 2 petang tadi.

Foto: NSTP

 

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat tiga suspek di tahan untuk siasatan lanjut, termasuk seorang individu yang membawa polis ke lokasi kejadian.

“Kita menemui cebisan pakaian pada rangka berkenaan,” katanya pada sidang media di lokasi penemuan rangka berkenaan, sebentar tadi.

Beliau berkata, penemuan rangka itu sudah dimaklumkan kepada keluarga Bella.

Bagaimanapun, katanya, polis belum dapat mengesahkan sama ada ia adalah Bella atau sebaliknya buat masa ini,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah mengesahkan Unit Forensik PDRM dan Pegawai Patalogis dari Hospital Sultan Ismail telah membuat pemeriksaan dan mayat sedang dibawa ke hospital berkenaan untuk siasatan lanjut.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu selepas keluar ke kedai dobi bersama teman lelakinya.

Kehilangannya hanya disedari pada keesokan hari selepas mesej dan panggilan telefon dihantar kakaknya, Norhisham, 36, tidak dijawab.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini