comscore
Tumpuan :
Nasional

 Wan Junaidi dinamakan Speaker Dewan Negara 

Foto fail NSTP

PETALING JAYA: Bekas Menteri Undang-undang, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dinamakan sebagai Speaker Dewan Negara baharu.

Wan Junaidi menggantikan Tan Sri Rais Yatim, yang mandatnya sebagai Speaker Dewan Negara berakhir semalam.

“Betul. (Dinamakan sebagai Speaker Dewan Negara),” katanya kepada Buletin TV3.

Penamaan Wan Junaidi sebagai calon kerajaan perpaduan bagi jawatan itu dipersetujui kerana kepakarannya dalam bidang undang-undang.

Wan Junaidi berkhidmat dalam portfolio undang-undang dalam pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, bermula 2021 hingga 2022, dan merupakan Bekas Menteri Pembangunan Koperasi dan Usahawan, di bawah kerajaan Muhyiddin Yassin.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, bermula 2008 hingga 2013.

Wan Junaidi pernah menjadi Ahli Parlimen Batang Lupar, bermula 1990 hingga 2004 dan Ahli Parlimen Santubong sehingga 2022.

Beliau tidak bertanding pada PRU15.

Loading...
Terkini