comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wanita dikaitkan dengan Jho Low ditahan

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan yang diburu pihak berkuasa ditahan polis selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,  Jumaat lalu.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang medianya di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

“Jasmin Loo, individu yang mempunyai maklumat mengenai 1MDB telahpun ditahan polis pada Jumaat lalu dan pada 8 Julai, Sabtu, dia telah dikenakan perintah reman,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Saifuddin berkata, peguam kepada wanita berkenaan  memaklumkan anak guamnya sedia memberi kerjasama dan membantu polis serta kerajaan bagi siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.

Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low; Jasmine Loo; bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee; bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan sekutu rapat Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Ia setelah mereka gagal hadir di mahkamah bagi menghadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.

 

Loading...
Terkini