comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita ditemui meninggal dunia dalam rumah: Polis klasifikasi SDR

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Kes seorang wanita yang ditemui meninggal dunia dalam rumahnya di Pangsapuri Siantan Taman Putra Perdana di sini hari ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Supt G. Shan Gopal berkata, wanita berusia 46 tahun itu didapati tinggal seorang diri dan hasil siasatan lanjut, jiran wanita terbabit memaklumkan mangsa tidak kelihatan selama dua minggu dan usaha menghubunginya turut gagal.

“Siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang unsur jenayah, kemungkinan kematian berpunca daripada penyakit kronik yang dihidapi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shan Gopal proses bedah siasat akan dijalankan esok dan menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan apa-apa spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar berhubung insiden terbabit.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini