comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat wanita ditemui dalam bilik

PUCHONG: Mayat seorang wanita ditemui dalam bilik di sebuah unit apartmen di Putra Perdana, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.03 petang tadi.

Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan mengenai pintu kediaman terbabit yang terkunci,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pihaknya menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kediaman itu.

“Sebaik pintu terbabit dibuka, pemeriksaan dilakukan di dalam kediaman itu yang membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dalam di dalam bilik,” katanya.

Mayat wanita terbabit kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini