comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita hamil 7 bulan terselamat, kereta dinaiki jatuh gaung 10 meter

Anggota bomba bersama orang awam membantu mangsa selepas sebuah kereta Honda City terjatuh dalam gaung di Jalan Gunung Inas. – FOTO: Ihsan Bomba

BALING: Tiga beranak, sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka berusia tiga tahun terselamat selepas kereta dinaiki terjatuh ke dalam gaung di Jalan Gunung Inas, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima kejadian itu pada 6.54 petang dengan mangsa membabitkan pemandu lelaki berusia 27 tahun, isteri yang hamil tujuh bulan dan anak mereka.

Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota BBP Baling diketuai Pegawai Bomba Kanan II Osman Awang Besar ke lokasi mendapati kereta Honda City jatuh gaung sedalam 10 meter.

“Pemandu kereta sempat membawa keluar anaknya sebelum kenderaan menggelongsor.

“Anggota kemudian melakukan operasi menyelamat isteri mangsa yang masih di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Mohd Jamil berkata, kesemua mangsa berjaya dibawa naik ke kawasan selamat dan distabilkan sebelum diserahkan kepada petugas kesihatan untuk dihantar ke Hospital Baling.

Menurutnya, operasi itu tamat pada 8.20 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini