comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita maut dalam nahas kereta, lori treler

SUNGAI PETANI: Seorang wanita maut manakala seorang lagi wanita cedera selepas kereta Toyota Yaris yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Sidam Kiri, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.11 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggotanya dari BBP Tikam Batu yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Shaari Hashim bersama tujuh anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Katanya, operasi turut dibantu sepasukan tujuh anggota dari BBP Aman Jaya.

“Komander Operasi melaporkan terdapat dua mangsa tersepit dalam kereta itu dan tindakan yang dilakukan anggota berjaya mengeluarkan mangsa pertama iaitu wanita berusia sekitar 40-an pada jam 9.55 malam menggunakan peralatan khas.

“Mangsa mengalami kecederaan di muka dan dihantar ke hospital oleh pasukan medik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan ambulans.

“Mangsa kedua yang juga wanita berusia sekitar 40-an berjaya dikeluarkan pada jam 9.40 malam dan disahkan meninggal dunia oleh KKM di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Syukri berkata, kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan dilakukan oleh anggota di lokasi.

Katanya, mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 10.43 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini