comscore
Tumpuan :
Nasional

 Wanita maut, kereta dipandu hilang kawalan 

ISKANDAR PUTERI: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Pontian Lama, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 1.50 tengah hari membabitkan sebuah lori dan dua kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, siasatan awal mendapati kereta Vios hitam yang dipandu mangsa hilang kawalan dan berpusing ketika melalui satu selekoh dan masuk ke laluan bertentangan.

“Kereta terbabit kemudian dirempuh sebuah lori jenis Isuzu sebelum sebuah lagi kereta Vios yang datang dari arah belakang tidak sempat membrek lalu melanggar bahagian belakang lori berkenaan” katanya.

Akibatnya, wanita warga tempatan yang berumur 33 tahun mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala pemandu lori serta kereta Vios tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu menyebabkan kematian kerana memnadu secara melulu dan merbahaya.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hafizuddin Hamdan di talian 018-5779391 atau Pejabat Bahagian Siasatan Trafik Daerah (BSPTD) bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini