comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wanita OKU, suami direman kes tendang penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang

 

Oleh: Selwam Arjunan

BUKIT MERTAJAM: Wanita yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dan suaminya direman selama empat hari bagi membantu siasatan ugutan jenayah susulan tindakan mereka yang mengundang bahaya terhadap penunggang motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang.

Majistret Mohd Harith Mohd Nazlan mengeluarkan perintah reman terhadap wanita berusia 37 tahun dan suaminya, 50, bermula hari ini sehingga 10 Februari.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang berpakaian lokap tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira jam 8.30 pagi.

Semalam media melaporkan, sepasang suami isteri yang mengundang bahaya terhadap penunggang motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang arah George Town menghala Seberang Perai diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Helmi Aris berkata, tangkapan dibuat susulan tular video memaparkan kejadian penunggang dan pembonceng motosikal yang menunggang dalam keadaan bahaya apabila pembonceng bertindak membaling sesuatu objek disyaki pasir serta cuba menendang pengguna motosikal yang ingin memotong motosikalnya.

Semakan rekod jenayah juga mendapati kedua-dua mereka mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kes ugutan jenayah pada 2021 dan tahun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini