comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wanita warga emas maut dirempuh ketika bersarapan 

JEMPOL: Seorang wanita warga emas maut dirempuh kereta dipandu lelaki 78 tahun yang tertekan pedal minyak.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian 8.50 pagi tadi menyebabkan Tan Joo Lan, 75, maut di tempat kejadian.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu warga emas dari arah Taman Satelite menuju ke Taman Meranti.

Kereta merempuh kedai makan di Taman Meranti, Bahau. FOTO: NSTP

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, ketika hendak parkir kereta di hadapan kedai makan itu, pemandu tiba-tiba tertekan pedal minyak sebelum kereta bergerak ke hadapan dan melanggar dua orang awam yang makan di kedai berkenaan.

“Seorang lagi mangsa wanita berusia 35 tahun mengalami sakit di bahagian belakang badan dan menerima rawatan di Hospital Jempol,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Hoo berkata, pemandu kereta ditahan dan polis meminta saksi di tempat kejadian tampil membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Loading...
Terkini