comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga asing maut ditetak

PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing maut dalam pergaduhan bersenjatakan parang di hadapan lampu isyarat Bundusan Jalan Penampang-Kota Kinabalu di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 29 tahun ditemui orang awam dalam keadaan terbaring dengan kesan tetakan dan tikaman di leher, kepala, tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima aduan awam mengenai kejadian pergaduhan membabitkan beberapa individu lelaki dengan menggunakan senjata jenis parang, pada jam 4.44 pagi.

“Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati satu lelaki warga asing terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tetakan dan tikaman pada badan mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat lelaki warga asing ditemukan dengan beberapa kesan tetakan dan tikaman di badannya di tepi jalan berhadapan SMK Bahang, Penampang. – Foto NSTP

Sammy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis juga meminta saksi-saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

“Orang awam boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Asisten Superintendan Polis Andi Ma’ Mur Halwati di talian 019-5853918,” katanya.

Loading...
Terkini