comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas 94 tahun hilang ditemui selamat

Foto Ihsan bomba

TUARAN: Warga emas lelaki berusia 94 tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Kionsom Baru, Tamparuli di sini, sejak petang semalam, ditemukan selamat.

Mangsa dikenali Sungkit Akup, ditemui penduduk kampung pada jam 4.29 petang tadi kira-kira sejauh satu kilometer dari rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pasukan bomba menerima maklumat penemuan mangsa daripada penduduk kampung yang turut serta membantu mencari mangsa.

“Mangsa ditemui dalam keadaan penat namun tidak mengalami kecederaan serius dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital Tuaran untuk pemeriksaan lanjut”.

“Operasi ditamatkan pada jam 4.50 petang,” katanya.

Pada jam 5.55 petang semalam, mangsa dikatakan keluar dan tidak kembali ke rumahnya sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Seramai 11 anggota termasuk unit anjing Pengesan K9 dikerah ke lokasi beserta satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)”.

Operasi SAR turut disertai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan orang awam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini