comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas dibiarkan terlantar bersama tilam penuh najis

Seorang lelaki warga emas dibiarkan terlantar sejak lebih dua minggu lalu di Pasar Wakaf Che Yeh, di Kota Bahru, Kelantan – Foto: NSTP

 

KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas dibiarkan dalam keadaan terlantar bersama tilam yang dipenuhi najis sejak lebih dua minggu lalu di Pasar Wakaf Che Yeh di sini.

Seorang peniaga Pasar Wakaf Che Yeh, Hasawadi Ramli, 45, berkata, warga emas berusia lingkungan 60-an itu dipercayai ditinggalkan individu tidak dikenali sejak lebih dua minggu lalu.

Katanya, turut ditinggalkan ialah tilam nipis yang menjadi tempat tidur warga emas itu.

“Akibat ditinggal lama, tilam berkenaan dipenuhi dengan najis memandangkan lelaki itu tidak boleh bergerak.

“Saya dan peniaga lain hanya mampu memberikan makanan kepadanya dan tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak mengenalinya. Sebab lama ditinggalkan, tilamnya penuh dengan najis.

“Perkara ini membuatkan pembeli pasar ini tidak selesa kerana bau kurang menyenangkan. Cuti sekolah juga sudah bermula jadi kunjungan orang ramai ke pasar ini akan bertambah berbanding sebelum ini,” katanya yang berniaga barangan pakaian dan beg.

Menurutnya, dia juga sudah membuat aduan kepada beberapa pihak untuk membantu warga emas itu, namun setakat ini tiada tindakan.

“Saya harap pihak bertanggungjawab datang membantu warga emas ini kerana dia tidak boleh bergerak,” katanya.

Loading...
Terkini