comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas maut ditikam, 2 lelaki ditahan

Foto hiasan

BUKIT MERTAJAM: Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang lelaki warga emas maut ditikam di kawasan semak berhampiran Jalan Song Ban Kheng di sini petang semalam.

Suspek usia 50 dan 60-an ditahan siang tadi ketika mereka mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM) dan perkarangan Klinik Kesihatan Berapit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner ACP Tan Cheng San berkata kecederaan dialami kedua-dua suspek dipercayai ada kaitan dengan seorang lelaki berusia 70-an maut akibat ditikam menggunakan senjata tajam.

Tambahnya, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam pada jam 7.45 petang semalam.

Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa telah meninggal dunia.

Mengulas lanjut, ACP Cheng San berkata siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati dengan mangsa sehingga berlakunya pergaduhan yang akhirnya menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.

Salah seorang suspek mempunyai 10 rekod membabitkan tiga kes jenayah dan tujuh rekod narkotik, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang rekod.

Kes disiasat mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan.

Tamat – GN4 Wires.

Loading...
Terkini