comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas pengsan ketika mendaki Bukit Batu Putih

Oleh: Kumaran Rajamoney

GOPENG: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menyelamatkan seorang warga emas yang pengsan ketika berada di atas puncak Bukit Batu Putih, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa lelaki tempatan berusia 72 tahun itu terlibat dalam aktiviti mendaki bersama-sama tiga orang rakannya.

“Pihak kami menerima panggilan mengenai keadaan mangsa kira-kira jam 6.13 petang. Pasukan kita yang tiba di lokasi 10 minit kemudian telah menjalankan operasi perawatan awal kepada mangsa.”

“Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya dibawa turun dengan menggunakan stetcher,” katanya.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut.

Usaha menyelamat ini dijalankan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini