comscore
Tumpuan :
Nasional

Warganet puji Agong, Permaisuri baca berita ‘Buletin Diraja’

PETALING JAYA: Penampilan khas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan menyampaikan berita malam tadi mendapat pujian warganet.

Menurut komen-komen di Instagram Istana Negara, slot khas Buletin Diraja yang disiarkan secara eksklusif di Buletin Utama, TV3 malam tadi mendapat perhatian ramai.

Kebanyakan warganet yang meninggalkan komen, antaranya memuji Seri Paduka berdua dan turut mendoakan kesihatan seperti:

Fa.riiza – Comel sangat. Daulat Tuanku.

Daphneiking – Most Popular (and comels) pembaca berita TV3 has. Daulat Tuanku. It was so fun to watch.

Cik_daa – Terbaik Tuanku dan Permaisuri.

Aminzikryy – Momen yang takkan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Daulat Tuanku.

Deactivated121314_ – Daulat Tuanku.. what a moment utk kami semua sebagai rakyat.. kami bakal merindui Tuanku berdua nanti.

Sheesakura – One in a million sungguh.

Nurfathiahadnan – Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu Agong dan Permaisuri.

Undangan istimewa buat Seri Paduka berdua daripada Bilik Berita itu turut mendapat perhatian pemilik laman di Facebook.

Wa Fans – Comel je Agong dan Permaisuri baca berita. Part last tu yang tak tahan. “Eh macam kenal je ni”.

Laila Noora Kassim – Wow.. their introduction of the news buletin was so cute and funny.. good sense of humour.. I loike.

Malaysia! Networks – Rekod dunia ni.. mana ada raja dalam dunia pernah jadi pembaca berita.

Terdahulu, Seri Paduka berdua berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Sri Pentas, Bandar Utama dekat sini.

Dalam lawatan berkenaan, Seri Paduka berdua berkenan menerima sembah taklimat berkaitan operasi Media Prima dan dibawa melawat Konti Radio, Media Prima Audio yang menempatkan rangkaian Hot FM, Kool 101, Molek Fm, Fly Fm dan Eight Fm.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan melawat Bilik Berita Media Prima yang menempatkan studio program berita terbitan TV3, TV9 dan 8TV.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba mencemar duli ke Sri Pentas. Turut mengiringi, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid. – FOTO: NSTP

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali dan pengurusan kanan Media Prima Berhad.

Loading...
Terkini