comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Warisan juadah eksotik dan peguam rakyat dalam Majalah 3

PETALING JAYA: Lemang periuk kera yang dahulunya pernah menjadi hidangan ‘wajib’ di Pahang ketika perayaan Aidilfitri, semakin dipandang sepi ekoran perubahan trend kulinari.

Seorang wanita dari Kuantan, Zehan Zaidin berusaha untuk menghidupkan kembali populariti juadah itu.

Menurut perkongsian dalam program Majalah 3, proses mencari dan mencuci periuk kera dilakukan dengan begitu teliti, bagi memastikan ianya bersih dan selamat untuk dimakan.

“Kita tengok ada haiwan apa, serangga apa yang ada, kalau selamat, kami ambil dan cuci, di situ prosesnya teliti. Jadi yakin untuk kita makan periuk kera itu.”

Kata Zehan, “Orang dulu-dulu hendak masak tiada periuk, periuk kera dia masak.”

Beliau juga mengakui berbangga dengan usahanya itu yang semakin mendapat perhatian generasi muda.

Majalah 3 minggu ini juga memaparkan kisah di sebalik kejayaan dan pengalaman dilalui peguam jenayah, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar atau Tok Mat.

Dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, perkongsian perjuangan Tok Mat telah menjadi inspirasi untuk penerbitan sebuah iklan Hari Raya baru-baru ini.

“Law is not an easy profession. Because you undergo satu jangka masa yang panjang yang tidak diketahui penghujungnya. Jadi saya bertawakal kepada Allah, saya buat yang terbaik,” katanya.

Beliau juga sempat berkongsi momen paling berharga, apabila anak kepada pesalah yang diperjuangkannya, kini telah berjaya menjadi seorang peguam.

“Berjurai air mata saya.. disebabkan saya menolong dia, budak ituu sudah menjadi seorang peguam. Kenangan itu tidak akan saya lupakan sampai saya mati.”

Saksikan Majalah 3 ‘Warisan Juadah Eksotik Lemang Periuk Kera’ dan ‘Tok Mat Peguam Rakyat’ pada jam 9 malam ini di TV3.

Langgan TontonUp untuk eksklusif episod penuh Majalah 3 di Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini