comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Warisan pelita kekabu & sajian lebaran 3 beradik, istimewa Majalah 3 malam ini

PETALING JAYA: Setiap kali Aidilfitri, elemen nostalgia pastinya dapat membangkitkan suasana berhari raya, terutamanya kenangan aktiviti yang sudah jarang dilakukan pada masa kini.

Usaha seorang petani menghidupkan semula tradisi memasang pelita kekabu pada malam tujuh likur di halaman rumahnya di Kampung Alor Keladi, Jertih menambah makna Ramadan dan Aidilfitri.

Muhammad Zailani Muhammad Noor, 49 tahun, berkata pada zaman dahulu pelita kekabu digunakan oleh orang kampung bagi menyuluh jalan untuk pergi surau.

“Dahulu pelita kekabu ini dibawa untuk pergi solat tarawih, lampu jalan tiada lagi ketika itu. Sebab pelita kekabu ini terang,” katanya dalam program Majalah 3.

Tambahnya lagi, proses menghasilkan pelita kekabu hanya menggunakan buah kekabu muda dan ia bermusim paling banyak sekitar Januari dan Mac setiap tahun.

Majalah 3 turut memaparkan sajian kuih tradisional Pahang, Kuih Tiga Beradik iaitu Dodol Kukus Tahi Minyak, Kuih Pena dan Kuih Badak Berendam.

Di sebalik rasanya yang lemak, manis dan kenyal, kuih yang dihasilkan secara bergotong-royong oleh penduduk Felda Jengka 24 ini menambah keistimewaan terutamanya sebagai juadah berbuka puasa atau sajian lebaran.

“Orang yang bergotong-royong itu rasa seperti dihargai kerana sambutan terhadap kuih itu luar biasa dan atas usaha yang mereka jalankan,” kata seorang penduduk.

Saksikan Majalah 3 ‘Warisan Pelita Kekabu’ dan ‘Sajian Lebaran Tiga Beradik’ pada jam 9 malam ini di TV3.

Langgan TontonUp untuk eksklusif episod penuh Majalah 3 di Tonton.

Loading...
Terkini