comscore
Tumpuan :
Nasional

Wira terbakar, bapa, anak masih di zon kritikal

ALOR SETAR: Insiden letupan dan kebakaran sebuah kereta Proton Wira yang menyebabkan tiga beranak melecur di Taman Industri Ringan Sri Mergong, di sini, semalam, polis sedang menunggu laporan penuh Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, laporan itu diperlukan sebelum membuka kertas siasatan sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kejadian dua tabung gas oksigen meletup itu.

Katanya keterangan daripada pemilik premis dan beberapa saksi di tempat kejadian sudah diambil bagi membantu siasatan.

“Kita masih menunggu siasatan lengkap daripada pihak bomba sama ada terdapat unsur khianat, kecuaian atau sebaliknya.

“Setakat ini, keadaan dua beranak itu, Tuah Omar, 54, dan anaknya, Muhammad Firdaus Syawal Abdullah, 5, masih kritikal dan dirawat di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala isteri dan ibu kanak-kanak terbabit, Noor Azlina Abu Bakar, 36, hanya mengalami kecederaan di tangan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, tiga beranak melecur selepas kereta Proton Wira yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, jam 12.30 tengah hari.

Loading...
Terkini