comscore
Tumpuan :
Nasional

Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu kelak, adalah orang Sarawak.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sebarang nama dan perkara terbabit akan diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tunggu pengumuman oleh Perdana Menteri. Saya juga sedang menunggu…tentu sekali anak Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Budaya Iban, di sini hari ini.

Kerusi Yang Dipertua Dewan Negara kini masih kosong berikutan kematian Datuk Mutang Tagal pada 10 Mei.

Mutang, 70 tahun, adalah Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak dan berkhidmat pada 1982 hingga 1990. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini