comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Zahid lawat Pusat Tenun Diraja Pahang Orang Asli

Oleh Amirulhakim Lokman

LIPIS: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat ke Pusat Tenun DiRaja Pahang Orang Asli Pos Betau, di sini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah tiba pada jam 3.30 petang, diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut hadir, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Dalam lawatan itu, Datuk Seri Zahid meluangkan masa kira-kira 30 minit, mendengar taklimat serta menyaksikan kerja-kerja pembuatan kain tenun dan produk yang dihasilkan.

Pusat Tenun Diraja Pahang Orang Asli, diasaskan oleh Raja Pemaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada tahun 2018.

Keistimewaan Pusat Tenun ini menempatkan 4 orang penenun terdiri daripada belia Orang Asli Pos Betau, yang telah menerima latilhan intensif di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) Tengku Ampuan Besar Meriam.

Loading...
Terkini