comscore
Tumpuan :
Negeri

Mosar Bantu Pendaki Gunung Kinabalu Cedera

Foto: HARIAN METRO

RANAU: Pendaki diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar) selepas cedera ketika menuruni Gunung Kinabalu di Kilometer 8.5, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai pendaki berusia 29 tahun itu pada 9.45 pagi.

Katanya, sepasukan 18 anggota dan pegawai Mosar serta malim gunung dan anggota Taman-Taman Sabah (TTS) ke lokasi kejadian.

“Pasukan Mosar terus memberikan rawatan awal kecederaan di kaki mangsa dan memastikan dia stabil dan selamat, sebelum dibawa turun ke Pintu Timpohon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut dan operasi tamat pada 3.42 petang.-HARIAN METRO

Loading...
Terkini