comscore
Tumpuan :
Negeri

Paras Air Sungai di Sarawak Membimbangkan, 2 Lepasi Tahap Bahaya

KUCHING: Peningkatan paras air di Sungai Rajang semakin membimbangkan apabila dua stesen hidrologi di sungai berkenaan mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya pada jam 9.45 pagi ini.

Laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), melaporkan bacaan paras air di stesen Punan Bah B di Kapit dicatatkan pada 11.77 meter (m), iaitu 0.77m melepasi paras bahaya.

Stesen di Sungai Salim B di Sibu pula mencatatkan paras air 3.33m, iaitu 0.23m melepasi paras bahaya.

Bacaan di lima lagi stesen melebihi tahap waspada, iaitu Stesen Batu Niah Bazaar di Miri, Stesen Kapit New Headwork dan Stesen Kapit Town di Kapit serta Stesen Renan Kemiding dan Stesen Sungai Merah di Sibu.

Stesen Batu Niah Bazaar mencatat paras air 2.94m, iaitu 0.32m melebihi tahap waspada; Stesen Kapit New Headwork pula 14.52m dengan 2.42m melepasi tahap waspada; Stesen Kapit Town setinggi 14.05m ,iaitu 2.15m melepasi tahap waspada.

Stesen Renan Kemiding setinggi 6.92m, iaitu 0.71m melepasi tahap waspada, manakala Stesen Sungai Merah setinggi 2.58m dengan 0.08m di atas paras waspada

Sementara itu, bacaan melebihi paras amaran dicatatkan di Stesen Long Teru di Miri, iaitu 7.42m (0.42m di atas paras amaran), Stesen Jabatan Laut Sibu dengan 2.85m (0.25m), Stesen Kanowit Town setinggi 5.2m (0.11m) dan Stesen Sungai Bidut pada 3.14m (0.16m).

Satu lagi stesen di Bekenu, Miri mencatatkan paras normal, iaitu 0.99m, namun pemantauan menunjukkan trend air menaik. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini