comscore
Tumpuan :
Nasional

1,378 mangsa masih berlindung 14 PPS di Terengganu

Keadaan rumah penduduk di Kampung Shukor, Hulu Dungun selepas banjir. – Foto: NSTP

KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang keempat yang bermula Selasa lalu menyaksikan 14 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Terengganu.

Setakat jam 8 pagi, Dungun menjadi satu-satunya daerah yang masih terjejas dengan seramai 1,378 mangsa daripada 400 keluarga berlindung di PPS.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, sebahagian PPS yang masih dibuka adalah Dewan Serbaguna Kampung Shukor yang menempatkan seramai 226 mangsa, Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja (258 mangsa), Masjid Jamek Kampung Jongok Batu (258 mangsa) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengai (170 mangsa).

Sementara itu, laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan satu sungai melepasi paras bahaya, dua paras amaran dan empat paras waspada pagi ini.

Sungai yang melepasi paras bahaya adalah empangan Puah, Hulu Terengganu yang mencatatkan bacaan 301.04 meter (m) berbanding paras normal 287m.

Dua sungai yang melepasi paras amaran adalah Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (12.34m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (RHN) (12.30m).

Keadaan rumah penduduk di Kampung Shukor, Hulu Dungun selepas banjir. – Foto: NSTP

Selain itu, empat sungai yang direkodkan melepasi paras waspada adalah dua di Hulu Terengganu, satu di Setiu dan satu di Kuala Nerus.

Di Hulu Terengganu, ia membabitkan Sungai Terengganu di Kampung Dura (12.41m) dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (19.16m).

Turut merekodkan bacaan melepasi paras waspada adalah Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu (11.38m) dan Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus (2.15m).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini