comscore
Tumpuan :
Negeri

Pelajar Tingkatan Dua Serah Tubuh Demi Cinta Kepada Tukang Rumah

Foto hiasan

SUNGAI PETANI: Demi cintakan teman lelaki yang dikenali melalui media sosial, seorang remaja perempuan sanggup menyerahkan tubuhnya sebelum dia menyesali perbuatannya itu dan membuat laporan polis semalam.

Dalam laporannya, mangsa yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah itu mendakwa, kejadian berlaku Mac lalu selepas teman lelaki yang berusia 19 tahun datang ke rumah neneknya di sebuah kawasan perumahan di sini, sebelum mereka melakukan hubungan seks.

Menurut sumber, siasatan mendapati, mangsa mengenali teman lelakinya pada Februari lalu melalui Facebook (FB) ketika berada di rumah neneknya.

“Mangsa tinggal bersama neneknya sejak kecil selepas kedua ibu bapa bercerai dan dia yang bimbang ditinggalkan, termakan pujuk rayu teman lelaki sebelum mereka melakukan hubungan seks.

“Kejadian didakwa berlaku di rumah neneknya selepas sebulan berkenalan dan mangsa mendakwa hanya sekali melakukan perbuatan terbabit,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang berasa bersalah akhirnya menceritakan kejadian terbabit kepada neneknya sebelum dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Hasil siasatan lanjut, mangsa mendakwa dia terpaksa mengikut kata-kata teman lelakinya kerana terlalu mencintai tukang rumah itu selain takut kehilangannya.

“Mangsa akan dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan lelaki terbabit masih dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.–HARIAN METRO

Loading...
Terkini