comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Ayam Berkokok 200 Kali Sehari, Pemilik Kena Saman

Friedrich-Wilhelm dan isteri, Jutta dari Bad Salzuflen turut merakam bunyi kokokan haiwan itu sebagai bukti di mahkamah.

JERMAN: Sepasang suami isteri menyaman jirannya berikutan ayam peliharanya berkokok sehingga 200 kali sehari dan mengganggu ketenteraman di kawasan perumahan.

Memetik laporan Oddity Central, Friedrich-Wilhelm, 76 tahun, dan isterinya, Jutta dari Bad Salzuflen mendakwa mereka tidak dapat hidup secara tenang kerana ayam milik jirannya mengeluarkan bunyi bising sepanjang hari.

Ayam jantan bernama Magda itu mula berkokok sekitar pukul 8 pagi setiap hari dan tidak akan berhenti berkokok sehingga dikurung semula dengan ayam-ayam lain pada waktu senja.

Difahamkan, mereka pernah cuba berunding dengan jiran mereka mengenai perkara itu, namun tiada perubahan dan akhirnya mereka membawa perkara itu ke mahkamah.

Pasangan itu juga dilapor merakam bunyi kokokan haiwan itu sebagai bukti di mahkamah.

Menurut peguam mereka, Torsten Gieseke, ayam jantan yang aktif seperti Magda sepatutnya tidak boleh dipelihara di kawasan perumahan.

Dua tahun lalu, seorang jiran juga dilapor terpaksa berpindah keluar dari kawasan oerumahan itu kerana tidak tahan dengan kokokan Magda.

Sumber: Oddity Central

Loading...
Terkini