comscore
Tumpuan :
Nasional

Ahmad Bashah, Nazifuddin Najib menang di Kedah

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kembali dalam politik arus perdana UMNO apabila memenangi jawatan Ketua Bahagian Alor Setar dalam pemilihan parti itu hari ini.

Beliau yang tidak mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan lalu, membuat kemunculan semula selepas penyandang jawatan Ketua Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail digantung keahlian parti selama enam tahun.

Ahmad Bashah, 73 mengalahkan Zamri Mat, 44 dalam pertembungan dua hala.

Di Langkawi, Datuk Mohd Nazifuddin Najib yang merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memenangi jawatan Ketua UMNO bahagian.

Kemenangan itu sekaligus menjadikan Datuk Nazifuddin, 39, menjadi calon termuda yang memenangi jawatan Ketua Bahagian UMNO di negeri Kedah.

Beliau mengalahkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan yang memangku jawatan Ketua Bahagian selepas penyandangnya Datuk Nawawi Ahmad meninggal dunia November lalu.

Berikut keputusan calon yang memenangi jawatan Ketua Bahagian UMNO di Kedah (setakat jam 11 malam):

Langkawi – Datuk Nazifuddin Najib

Kubang Pasu – Datuk Aminuddin Omar

Jerlun – Datuk Othman Aziz

Padang Terap – Datuk Seri Mahdzir Khalid

Pokok Sena – Dato Said Ali

Alor Setar – Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

Kuala Kedah – Datuk Muthalib Harun

Pendang – Datuk Suraya Yaacob

Jerai – Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Sungai Petani – Datuk Shahanim Yusof

Baling – Datuk Seri Abdul Azeez Rahim

Kulim / Bandar Baharu – Datuk Muhar Hussain

Sik – Sedang dalam kiraan

Merbok – Sedang dalam kiraan

Padang Serai – Sedang dalam kiraan

Loading...
Terkini