comscore
Tumpuan :
Politik

Azam BN-PH utamakan lima perkara jika tawan Kedah – Zahid

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR:  Lima perkara asas menjadi tumpuan kerajaan persekutuan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat Kedah, sekiranya gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, fokus akan diberi kepada bidang perniagaan agro, air, pendidikan maahad tahfiz, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta  telekomunikasi.

“Perkara ini bukan sebahagian dari manifesto PRN BN-PH, tetapi satu komitmen dari kerajaan persekutuan. Bagaimanapun, untuk menjayakan hasrat ini adalah lebih mudah sekiranya kerajaan negeri dan persekutuan adalah sealiran.”

“Jadi, itulah azam kita apabila kita mengambil alih negeri Kedah,” katanya.

Tambah beliau, tumpuan khusus akan melibatkan pembangunan pendidikan TVET dengan menambahnilai insitusi pendidikan seiring keperluan pemain industri di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech).

Maahad tahfiz pula akan dipadankan dengan insitusi TVET bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja mahir dalam kalangan Hafiz dan Hafizah di negeri itu.

Zahid berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Perpaduan Kedah di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Seri Mahdzir Khalid selaku Pengerusi BN negeri.

Kedah negeri pertama menganjurkan Konvensyen Perpaduan menjelang PRN.

Loading...
Terkini