comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Beberapa ahli UMNO akan dipecat atas sebab mencemuh parti – Puad Zarkashi

FOTO: NSTP

Oleh Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli UMNO dilapor akan dipecat atas sebab mencemuh parti dan kempen melibatkan parti lain.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi, berkata Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid tegas dalam isu disiplin dan tidak akan berkompromi dengan ahli yang suka memburukkan parti termasuk ahli yang menyebarkan maklumat mesyuarat.

 

Beliau berkata demikian kepada media sebelum meninggalkan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia, (WTC) di sini sebentar tadi.

UMNO mengadakan mesyuarat MKT di ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn, malam ini.

Ia merupakan mesyuarat pertama selepas enam ahli parti itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa ahli MKT UMNO mula tiba di Menara Dato’ Onn, secara berperingkat bermula jam 8.30 malam.

Berita lanjut menyusul.

Loading...
Terkini