comscore
Tumpuan :
Nasional

Buktikan dulu cukup majoriti SD di Parlimen, jangan sampai ibarat ‘igauan mingguan’ – Anwar

FOTO: NSTP

Oleh Syafiqah Damanhuri 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata pihak pembangkang diminta mengemukakan dahulu surat akuan bersumpah (SD) pada sidang Parlimen akan datang jika benar mereka mempunyai calon Perdana Menteri yang baharu.

Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, pastinya Ahli Dewan Rakyat boleh mengusulkannya dan ia tidak menjadi masalah jika pembangkang memiliki SD dengan majoriti mencukupi.

Beliau juga sempat berseloroh terhadap individu yang didakwa mempunyai SD ibarat igauan mingguan.

“Tidak apalah, kalau dia ada (SD) tunggu masa Parlimen bawaklah SD tersebut. Usulkan di Parlimen, tiada masalah, ini dia tiap-tiap minggu dia jadi macam menggigau mingguan”, reaksinya kepada media mengenai dakwaan pembangkang mempunyai sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan baharu.

“Sebelum puasa, sebelum raya, selepas raya haji, sebelum Thaipusam, Tahun Baharu Cina (CNY) tunggulah sebelum, tetapi tidak pernah lagi (bawa SD), ” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu, menaruh keyakinan tinggi Kerajaan Perpaduan kekal mentadbir hingga pilihan raya akan datang.

“Saya sangat yakin, jika tidak saya tidak akan mengatakan perkara ini”.

Terdapat laporan pihak pembangkang iaitu Perikatan Nasional kini memiliki SD mencukupi dan mencadangkan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, sebagai Perdana Menteri baharu.

Semalam, PAS mengesahkan satu kenyataan media kononnya menzahirkan sokongan terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menjadi Perdana Menteri sebagai palsu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Loading...
Terkini