comscore
Tumpuan :
Politik

Fitnah ke atas saya adalah satu serangan politik – Dr Hafiz

Calon BN Pengkalan Chepa, Dr Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin bertemu penduduk di Kampung Tapang, Pengkalan Chepa hari ini

Oleh Nurul Amalina Zainudin

PENGKALAN CHEPA: Calon Barisan Nasional (BN) Pengkalan Chepa, Dr Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin menyifatkan fitnah berkait dengan status akademik dan kelayakannya sebagai doktor, adalah satu serangan politik yang tidak berasas.

“Mereka yang memainkan fitnah ini tidak lain tidak bukan atas kepentingan politik. Disebabkan sekarang musim pilihan raya, saya yakin fitnah ini dibuat untuk menjatuhkan reputasi saya.”

Tambahnya, mana-mana parti lawan patut bersaing secara bersih dan matang, bukannya menyerang secara peribadi atau memburuk-burukkan lawan.

Ujarnya, beliau mahu memberi fokus kepada usaha-usaha kempen memberi tawaran baik kepada rakyat di Pengkalan Chepa memandangkan PRU-15 semakin menghampiri.

Calon BN Pengkalan Chepa, Dr Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin bertemu penduduk di Kampung Tapang, Pengkalan Chepa hari ini

“Politik fitnah ini mungkin 10 tahun dulu ramai yang amalkan tapi sekarang kita berada dalam zaman millenium ini, kita berpolitik la secara matang, dengan memberi tawaran-tawaran untuk rakyat sebab rakyat sekarang ingin lihat hasil dan apa visi misi yang kita bawa untuk mereka,” katanya kepada Buletin TV3 ketika aktiviti santai bertemu penduduk di Kampung Tapang, Pengkalan Chepa, petang tadi.

Tambahnya Dr Mohd Hafiz, kes tersebut diserahkan kepada pihak peguam yang telah dilantik bagi tindakan selanjutnya.

Beliau akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk mengemukakan bukti-bukti bagi membersihkan namanya.

Terdahulu, satu laporan polis berkait fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, pada Sabtu.

Loading...
Terkini