comscore
Tumpuan :
Politik

‘Bukan main sombong, konon dia boleh menang… dia boleh jadi Perdana Menteri kali kedua,” – Tun M

| Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR : Gerakan Tanah Air (GTA) akur dengan kehendak Perikatan Nasional (PN) yang memilih untuk tidak mempunyai sebarang kerjasama politik dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gabungan itu percaya rakyat mahukan gabungan parti bersama menentang Barisan Nasional (BN) namun pandangan itu ditolak PN.

“Kita hendak bekerjasama tetapi kita ditolak. Saya tahu rakyat suka tengok kita bersatu kalahkan UMNO-BN tetapi apabila kita minta hendak bersatu, kita ditolak.

“Bukan main sombong, konon dia boleh menang bila letak calon di 222 kerusi parlimen dan dia boleh jadi Perdana Menteri kali kedua.

“Saya sanggup bekerjasama walaupun ditikam oleh Tan Sri Muhyiddin dari belakang. Mereka (PN) katanya hendak bertanding di kesemua 222 kerusi dan mengangkat Muhyiddin sebagai calon PM kali kedua. Mungkin inilah cita-cita Muhyiddin,” katanya ketika majlis Rapat Umum GTA Kedah di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menafikan sebarang perbincangan sedang berjalan dengan gabungan GTA bagi menghadapi PRU-15.

PN katanya, mengambil keputusan untuk menghadapi PRU15 dengan parti komponen sedia ada.

Loading...
Terkini